PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA AKADEMIK
Kategori Ijazah Sarjana Muda Akademik:
Syarat Kelayakan Program Ijazah Sarjana Muda Akademik
Program Ijazah Sarjana Muda merupakan pengajian peringkat Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang ditawarkan oleh universiti swasta (IPTS).
Penting: Kelayakan dalam jadual ini ialah laluan kemasukan yang berpotensi, bukan jaminan penerimaan. Setiap program mungkin menetapkan syarat minimum CGPA, mata pelajaran tertentu atau kelayakan tambahan.
Syarat Minimum Berdasarkan Standard Umum MQA
Berdasarkan Standards of Undergraduate Programme MQA, antara kelayakan minimum bagi Ijazah Sarjana Muda ialah:
Syarat khusus bidang profesional atau program tertentu boleh menetapkan kelayakan yang lebih tinggi.
Kemasukan Melalui APEL.A tahap 6
Bagi pemohon yang tidak mempunyai kelayakan akademik konvesional tetapi mempunyai pengalaman berkerja, laluan APEL.A T-6 boleh dipertimbangkan.
Syarat asasnya ialah:
Laluan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara, tertakluk kepada peraturan berkaitan.
Syarat Tambahan
Universiti juga boleh menetapkan syarat seperti kredit atau kepujian dalam mata pelajaran SPM tertentu, keperluan Bahasa Inggeris atau MUET, temu duga, ujian kelayakan, portfolio bagi bidang kreatif serta pemeriksaan kesihatan bagi program tertentu.