WhatsApp Image 2026-10-15 at 23.32.46
tentang kami upu swasta
Menghubungkan Pelajar dengan peluang pendidikan. membina masa depan yang lebih cerah.
UPU Swasta merupakan platform perkhidmatan pendidikan yang bertujuan membantu pelajar menerokai peluang melanjutkan pengajian tinggi swasta berdasarkan kelayakkan akademik, minat, kemampuan dan aspirasi kerjaya masing-masing.
Kami komited untuk memudahkan perjalanan pendidikan pelajar melalui akses kepada maklumat program pengajian, panduan permohonan serta hubungan dengan universiti, kolej swasta dan penyedia pendidikan yang mengambil bahagian dalam platform kami.
Selain daripada perkhidmatan pengambilan pelajar, UPU Swasta juga memainkan peranan membangunkan ekosistem pendidikan yang lebih menyeluruh melalui bimbingan akademik, perkhidmatan pendidikan digital, pembangunan kerjaya, latihan profesional dan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan serta organisasi berkaitan.
Matlamat kami adalah untuk untuk membantu lebih ramai individu mengenal pasti peluang pendidikan sesuai, membuat keputusan dengan lebih yakin dan merancang masa depan dengan lebih teratur.
signature
WhatsApp Image 2026-10-15 at 23.52.53

VISI KAMI

Menjadi platform perkhidmatan pendidikan yang dipercayai dalam menghubungkan pelajar dengan peluang pendidikan, pembangunan kemahiran dan laluan kerjaya bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.


MISI KAMI

1. Memperluas akses kepada maklumat dan peluang pendidikan melalui platform digital yang mudah digunakan.
2. Membantu pelajar mengenal pasti program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan, minat dan matlamat kerjaya mereka.
3. Memudahkan proses pencarian program dan permohonan pengajian melalui kemudahan digital yang disediakan.
4. Membina kerjasama strategik degan universiti, kolej, penyedia latihan dan organisasi berkaitan.
5. Menyokong pembangunan kerjaya, kemahiran profesional, kebolehpasaran graduan dan keusahawanan.
6. Menyumbang kepada usaha memperluas kesedaran dan akses pendidikan dalam kalangan masyarakat.
Daftar Sekarang
Daftar Sekarang
PERKHIDMATAN KAMI
WhatsApp Image 2026-10-15 at 22.14.05
1. Pengambilan & Penempatan Pelajar.

Membantu pelajar mendapatkan maklumat serta meneroka peluang kemasukan ke universiti dan kolej swasta yang bersesuaian dengan kelayakan akademik dan pilihan pengajian mereka.

Read article
WhatsApp Image 2026-10-15 at 21.20.20
2. Bimbingan Pendidikan & Perancangan Akademik.

Memberikan panduan kepada pelajar dan ibu bapa dalam memahami pilihan program, laluan pendidikan, syarat kemasukan dan pertimbangan penting sebelum membuat keputusan melanjutkan pengajian.

Read article
WhatsApp Image 2026-10-15 at 21.20.19
3. Carian Program & Permohonan Dalam Talian.

Menyediakan kemudahan untuk meneroka program pengajian dan mengakses proses permohonan dalam talian melalui fungsi yang tersedia di platform UPU Swasta.

Read article
WhatsApp Image 2026-10-15 at 21.20.20 (1)
4. Kerjasama Strategik dengan Institusi Pendidikan.

Membina jaringan kerjasama dengan universiti, kolej swasta, penyedia latihan dan organisasi berkaitan dalam bidang promosi pendidikan, pembangunan rangkaian pelajar dan perlaksanaan program bersama.

Read article
WhatsApp Image 2026-10-15 at 21.27.20
5. Pembangunan Kerjaya & Kebolehpasaran Graduan.

Menyokong inisiatif pembangunan kerjaya melalui program kesedaran kerjaya, penyediaan resume, persediaan temu duga, kemahiran komunikasi dan pembangunan profesional.

Read article
WhatsApp Image 2026-10-15 at 21.31.53
6. Latihan, Bengkel & Seminar.

Merancang, menganjurkan atau berkerjasama dalam perlaksanaan kursus, bengkel, seminar pendidikan, program keusahawanan dan latihan pembangunan kemahiran untuk pelajar, graduan serta organisasi.

Read article
WhatsApp Image 2026-10-15 at 21.37.48
7. Perkhidmatan Pendidikan Digital.

Menafaatkan teknologi digital bagi memudahkan akses kepada maklumat pendidikan dan menyokong perjalanan pelajar daripada peringkat pencarian program sehingga proses permohonan dan susulan.

Read article
WhatsApp Image 2026-10-15 at 21.56.42
8. Biasiswa & Bantuan Kewangan Pendidikan.

Membantu pelajar mengenal pasti maklumat berkaitan biasiswa, tajaan, bantuan kewangan dan pilihan pembiayaan pendidikan berdasarkan maklumat serta syarat pihak yang menawarkan kemudahan tersebut.

Read article
WhatsApp Image 2026-10-15 at 22.06.41
9. Konsultasi Perniagaan & Pembangunan Institusi Pendidikan.

Menyokong kerjasama dalam bidang pembangunan perniagaan pendidikan, pemasaran digital, pengembangan rangkaian strategik dan perancangan program pendidikan, tertakluk kepada skop perkhidmatan yang di tawarkan.

Read article
WhatsApp Image 2026-10-15 at 22.10.35
10. Program Pendidikan & Tanggungjawab Sosial.

Mengalakan pelaksanaan program kesedaran pendidikan, ceramah kerjaya, bimbingan lepasan sekolah, dan aktiviti komuniti yang bertujuan memperluaskan pengetahuan mengenai peluang pendidikan dan pembangunan masa depan.

Read article

SIAPA YANG KAMI SANTUNI ?

UPU Swasta berhasrat menyediakan nilai kepada pelbagai kumpulan sasaran, termasuk:

01 pelajar lepasan sekolah

Menerokai pilihan selepas SPM, STPM dan kelayakan yang setara.

02 pelajar dan bakal pelajar ipt

Mendapat maklumat mengenai program pengajian dan peluang kemasukan.

03 ibu bapa dan penjaga

Memahami pilihan pendidikan dan bersesuaian dengan keperluan keluarga.

upu swasta
timeline
Daftar

04 graduan dan golongan bekerja

Meneroka peluang menyambung pengajian, meningkatkan kemahiran dan membangunkan kerjaya.

05 universiti dan kolej swasta

Menjalin kerjasama dalam promosi program serta pengembangan akses kepada bakal pelajar.

06 penyedia latihan dan organisasi

Meneroka peluang kerjasama dalam latihan, pembangunan modal insan dan program pendidikan.

nilai teras kami 

01 berorentasikan pelajar

Mengutamakan keperluan dan kepentingan pelajar dalam perjalanan mendapatkan pendidikan.

02 integriti dan ketelusan

Mengalakan penyampaian maklumat yang jelas, tepat dan bertanggungjawab.

03 kerjasama strategik

Membina hubungan profesional yang saling memberi manfaat dengan institusi pendidikan dan rakan kerjasama.

upu swasta
timeline
daftar

04 inovasi digital

Memanfaatkan teknologi untuk memudahkan akses kepada maklumat dan perkhidmatan pendidikan.

05 pembangunan berterusan

Menyokong pembelajaran sepanjang hayat, peningkatan kemahiran dan kemajuan kerjaya.

komitmen kami

Kami percaya bahawa pendidikan bukan sekadar memperolehi sijil atau kelayakan akademik. Pendidikan merupakan satu pelaburan penting untuk membangunkan potensi diri, meningkatkan kemahiran, memperluas peluanf kerjaya dan membina masa depan yang lebih baik.

Melalui penyampaian maklumat, bimbingan pendidikan dan kerjasama strategik, UPU Swasta berhasrat menjadi platform yang membantu pelajar meneroka peluang, membuat keputusan yang bermaklumat dan melangkah keperingkat seterusnya dengan lebuh yakin.

Kami juga komited untuk terus meneroka pendekatan baharu perkhidmatan pendidikan bagi memenuhi keperluan pelajar, institusi pendidikan dan masyarakat yang sentiasa berkembang.

JOM BERKERJASAMA DENGAN UPU SWASTA

Kami mengalu-alukan pertanyaan daripada pelajar, ibu bapa, universiti, kolej, penyedia latihan dan organisasi yang berminat untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan.

Bersama-sama kita dapat memperluas peluang pendidikan dan membantu membina generasi masa depan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.


UPU Swasta - Perjalanan Pendidikan Anda Bermula di Sini.