PROGRAM SIJIL AKADEMIK
Syarat Kelayakan Program Sijil Akademik
Program Sijil Akademik (Academic Certificate) merupakan program pengajian pada Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi dan penyedia pendidikan yang berkaitan.
Program ini bertujuan menyediakan pengetahuan asas, kemahiran akademik dan kompetensi dalam bidang tertentu sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma.
Syarat Kelayakan Akademik
Nota: Syarat kemasukan berbeza mengikut bidang pengajian, standard program dan institusi. Tidak semua program Sijil Akademik menerima pemohon tanpa kepujian SPM.
Syarat Kelayakan Akademik
Syarat sebenar hendaklah disemak mengikut bidang kerana MQA menjelaskan bahawa kemasukan tertakluk kepada standard program, Kementerian Pendidikan Tinggi dan badan profesional berkaitan.
Kemasukan Melalui APEL.A Tahap 3
Pemohon yang tidak mempunyai kelayakan akademik biasa tetapi mempunyai pengalaman bekerja boleh mempertimbangkan APEL.A T-3.
Syaratnya ialah:
Penilaian ini memberi laluan untuk memohon kemasukan dan tidak menjamin tawaran tempat pengajian.
Syarat Tambahan Kemasukan
Sesetengah program mungkin memerlukan kepujian dalam mata pelajaran tertentu seperti Matematik, Sains atau Bahsa Inggeris, bergantung pada bidang. Institusi juga boleh menetapkan temu duga, ujian kemasukan atau syarat bagi program tertentu.
Program Sijil Akademik terbuka kepada lepasan SPM atau kelayakan setaraf yang memenuhi syarat minimum institusi. Kebanyakan program memerlukan sekurang-kurangnya lulus SPM dengan satu (1) kredit dalam mana-mana mata pelajaran. Syarat tambahan mungkin berbeza mengikut program dan universiti atau kolej yang dipilih.
Paparan Ringkas
? Kelayakan Minimum: SPM / Setaraf
⏳ Tempoh Pengajian: 12 – 24 Bulan
? Laluan Seterusnya: Diploma → Ijazah Sarjana Muda → Sarjana → PhD