PROGRAM DIPLOMA AKADEMIK
Kategori Diploma Akademik:
Syarat Kelayakan Program Diploma Akademik
Program Diploma merupakan pengajian peringkat Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang ditawarkan oleh universiti, kolej universiti, politeknik dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Program Diploma bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan akademik, kemahiran pratikal dan kompetensi profesional sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Kelayakan Akademik
Nota: Tiga kepujian SPM ialah syarat umum bagi banyak program Diploma, tetapi bukan syarat seragam untuk semua bidang atau semua laluan kemasukan.
Syarat Minimum Berdasarkan Standard Umum MQA
Antara laluan kemasukan minimum ke Diploma Akademik ialah:
Syarat ini berdasarkan Standard for Undergraduate Programme MQA. Program tertentu boleh mempunyai syarat yang lebih tinggi atau tambahan.
Kemasukan Melalui APEL.A Tahap 4
Pemohon yang tidak mempunyai kelayakan akademik konvesional boleh mempertimbangkan laluan APEL.A T-4 dengan syarat.
Laluan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara, tertakluk kepada syarat berkaitan.
Syarat Tambahan Kemasukan
Sesetengah program Diploma turut menetapkan kepujian dalam Matematik, Sains, Bahsa Inggeris atau mata pelajaran berkaitan. Program tertentu mungkin memerlukan temu duga, ujian aptitud, portfolio atau pemeriksaan kesihatan.