PROGRAM PhD AKADEMIK
Kategori PhD Akademik:
Secara umum, PhD ialah kelayakan kedoktoran yang menekankan penyelidikan asli, penulisan tesis dan sumbangan ilmu baharu. Nama program, struktur pengajian dan syarat kemasukan bergantung pada universiti.
Syarat Kelayakan Program PhD Akademik
Doctor of Philosophy (PhD) merupakan program pengajian kedoktoran akademik pada Tahap 8 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Program ini memberi penekanan kepada penyelidikan ilmiah, pembangunan pengetahuan baharu dan penghasilan tesis yang memenuhi standard akademik universiti.
Syarat Kelayakan Akademik
Nota Penting: Tidak semua universiti menawarkan laluan kemasukan terus daripada Ijazah Sarjana Muda ke PhD. Syarat minimum CGPA dan bidang berkaitan juga berbeza mengikut program.
Syarat Tambahan Kemasukan PhD
Selain kelayakan akademik, universiti boleh menetapkan keperluan berikut:
1. Cadangan penyelidikan (Research proposal): Tajuk, objektif, permasalahan kajian dan metodologi yang dicadangkan.
2. Penguasaan bahasa: Memenuhi syarat Bahasa Inggeris atau bahasa penghantar yang ditetapkan universiti.
3. Penyelia penyelidikan: Kesesuian bidang kajian dan ketersediaan penyelia.
4. Temu duga: Penilaian kesediaan akademik dan keupayaan menjalankan penyelidikan.
5. Dokumen sokongan: Transkrip, sijil akademik, CV, dokumen pengenalan diri dan dokumen lain yang diminta.
Kemasukan Melalui APELA.A Tahap 8
Berdasarkan syarat MQA, pemohon laluan APELA.A T-8 perlu:
Nota Mengenai Kemasukan terus daripada Ijazah Sarjana Muda
Bagi PhD akademik secara penyelidikan, stardard MQA menyatakan tiada kemasukan terus secara biasa daripada Ijazah Sarjana Muda ke PhD. Calon yang berdaftar dalam program Sarjana boleh mohon pertukaran status ke PhdD melalui penilaian dalaman yang ketat dan kelulusan Senat universiti.
1. Lepasan Sarjana (Master) / Setaraf
Tahap 8 ialah tahap kedoktoran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MOF). Sebagai contoh, rekod MQA bagi PhD dalam Pendidikan di UNITAR dan City University menyenaraikan kelayakan tersebut pada Tahap 8 serta menyediakan pilihan sepenuh masa dan separuh masa.
Bezakan PhD Akademik daripada Doktorat Profesional
Untuk memudahkan carian pelajar, UPU Swasta menyediakan kategori berasingan:
Struktur Carian yang Disyorkan
Bagi halaman Search Program, gunakan hierarki berikut;
1. Tahap pengajian: PhD / Doktor Falsafah.
2. Kategori Bidang: Pendidikan, Perniagaan, IT, Kejuruteraan, Kesihatan dan kategori lain di atas.
3. Bidang Penyelidikan: Contohnya pemasaran digital, kepimpinan pendidikan, pengurusan sumber manusia atau teknologi pembelajaran.
4. Penapis Tambahan: Universiti, negeri, yuran, mod pengajian, tempoh, penyelian, penyelidikan dan status akreditasi.