PROGRAM SIJIL AKADEMIK

  • Perniagaan & Pengurusan
  • Sijil Perniagaan
  • Sijil Pengurusan
  • Sijil Pemasaran
  • Sijil Perakaunan
  • Sijil Keusahawanan


  • Pendidikan & Sains Sosial
  • Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sijil Kaunseling
  • Sijil Psikologi
  • Sijil Komunikasi


  • Hospitaliti & Perkhidmatan
  • Sijil Pelancongan
  • Sijil Hospitaliti
  • Sijil Pengurusan Acara
  • Sijil Logistik
  • Teknologi & Komputer
  • Sijil Teknologi Maklumat
  • Sijil Multimedia
  • Sijil Rangkaian Komputer
  • Sijil Keselamatan Siber



  • Bahasa & Pengajian
  • Sijil Bahasa Inggeris
  • Sijil Bahasa Melayu
  • Sijil Pengajian Islam
  • Sijil Syariah



Syarat Kelayakan Program Sijil Akademik

Program Sijil Akademik (Academic Certificate) merupakan program pengajian pada Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi dan penyedia pendidikan yang berkaitan.

Program ini bertujuan menyediakan pengetahuan asas, kemahiran akademik dan kompetensi dalam bidang tertentu sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma.  


Syarat Kelayakan Akademik

Nota: Syarat kemasukan berbeza mengikut bidang pengajian, standard program dan institusi. Tidak semua program Sijil Akademik menerima pemohon tanpa kepujian SPM.


Syarat Kelayakan Akademik

  • Lulus SPM atau kelayakan setara dengan sekurang-kurangnya satu (1) kepujian.
  • Bagi bidang tertentu, kelayakan SKM tahap 2 bersama syarat SPM yang ditetapkan juga boleh diterima.

Syarat sebenar hendaklah disemak mengikut bidang kerana MQA  menjelaskan bahawa kemasukan tertakluk kepada standard program, Kementerian Pendidikan Tinggi dan badan profesional berkaitan.



Kemasukan Melalui APEL.A Tahap 3

Pemohon yang tidak mempunyai kelayakan akademik biasa tetapi mempunyai pengalaman bekerja boleh mempertimbangkan APEL.A T-3.

Syaratnya ialah:

  • Berumur sekurang-kurangnya 19 tahun pada tahun permohonan.
  • Mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian.
  • Lulus penilaian APEL.A, termasuk ujian aptitud dan portfolio mengikut keperluan MQA.

Penilaian ini memberi laluan untuk memohon kemasukan dan tidak menjamin tawaran tempat pengajian.



Syarat Tambahan Kemasukan

Sesetengah program mungkin memerlukan kepujian dalam mata pelajaran tertentu seperti Matematik, Sains atau Bahsa Inggeris, bergantung pada bidang. Institusi juga boleh menetapkan temu duga, ujian kemasukan atau syarat bagi program tertentu.



Syarat Kemasukan Program Sijil Akademik

Program Sijil Akademik terbuka kepada lepasan SPM atau kelayakan setaraf yang memenuhi syarat minimum institusi. Kebanyakan program memerlukan sekurang-kurangnya lulus SPM dengan satu (1) kredit dalam mana-mana mata pelajaran. Syarat tambahan mungkin berbeza mengikut program dan universiti atau kolej yang dipilih.

RMECorp 4 (1)


Paparan Ringkas

? Kelayakan Minimum: SPM / Setaraf

✅ Syarat Umum: Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit

⏳ Tempoh Pengajian: 12 – 24 Bulan

? Laluan Seterusnya: Diploma → Ijazah Sarjana Muda → Sarjana → PhD

Daftar Sekarang
Mohon Sekarang