VISI KAMI
Menjadi platform perkhidmatan pendidikan yang dipercayai dalam menghubungkan pelajar dengan peluang pendidikan, pembangunan kemahiran dan laluan kerjaya bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
MISI KAMI
1. Memperluas akses kepada maklumat dan peluang pendidikan melalui platform digital yang mudah digunakan.
2. Membantu pelajar mengenal pasti program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan, minat dan matlamat kerjaya mereka.
3. Memudahkan proses pencarian program dan permohonan pengajian melalui kemudahan digital yang disediakan.
4. Membina kerjasama strategik degan universiti, kolej, penyedia latihan dan organisasi berkaitan.
5. Menyokong pembangunan kerjaya, kemahiran profesional, kebolehpasaran graduan dan keusahawanan.
6. Menyumbang kepada usaha memperluas kesedaran dan akses pendidikan dalam kalangan masyarakat.
Membantu pelajar mendapatkan maklumat serta meneroka peluang kemasukan ke universiti dan kolej swasta yang bersesuaian dengan kelayakan akademik dan pilihan pengajian mereka.
Memberikan panduan kepada pelajar dan ibu bapa dalam memahami pilihan program, laluan pendidikan, syarat kemasukan dan pertimbangan penting sebelum membuat keputusan melanjutkan pengajian.
Menyediakan kemudahan untuk meneroka program pengajian dan mengakses proses permohonan dalam talian melalui fungsi yang tersedia di platform UPU Swasta.
Membina jaringan kerjasama dengan universiti, kolej swasta, penyedia latihan dan organisasi berkaitan dalam bidang promosi pendidikan, pembangunan rangkaian pelajar dan perlaksanaan program bersama.
Menyokong inisiatif pembangunan kerjaya melalui program kesedaran kerjaya, penyediaan resume, persediaan temu duga, kemahiran komunikasi dan pembangunan profesional.
Merancang, menganjurkan atau berkerjasama dalam perlaksanaan kursus, bengkel, seminar pendidikan, program keusahawanan dan latihan pembangunan kemahiran untuk pelajar, graduan serta organisasi.
Menafaatkan teknologi digital bagi memudahkan akses kepada maklumat pendidikan dan menyokong perjalanan pelajar daripada peringkat pencarian program sehingga proses permohonan dan susulan.
Membantu pelajar mengenal pasti maklumat berkaitan biasiswa, tajaan, bantuan kewangan dan pilihan pembiayaan pendidikan berdasarkan maklumat serta syarat pihak yang menawarkan kemudahan tersebut.
Menyokong kerjasama dalam bidang pembangunan perniagaan pendidikan, pemasaran digital, pengembangan rangkaian strategik dan perancangan program pendidikan, tertakluk kepada skop perkhidmatan yang di tawarkan.
Mengalakan pelaksanaan program kesedaran pendidikan, ceramah kerjaya, bimbingan lepasan sekolah, dan aktiviti komuniti yang bertujuan memperluaskan pengetahuan mengenai peluang pendidikan dan pembangunan masa depan.
SIAPA YANG KAMI SANTUNI ?
UPU Swasta berhasrat menyediakan nilai kepada pelbagai kumpulan sasaran, termasuk:
01 pelajar lepasan sekolah
Menerokai pilihan selepas SPM, STPM dan kelayakan yang setara.
02 pelajar dan bakal pelajar ipt
Mendapat maklumat mengenai program pengajian dan peluang kemasukan.
03 ibu bapa dan penjaga
Memahami pilihan pendidikan dan bersesuaian dengan keperluan keluarga.
04 graduan dan golongan bekerja
Meneroka peluang menyambung pengajian, meningkatkan kemahiran dan membangunkan kerjaya.
05 universiti dan kolej swasta
Menjalin kerjasama dalam promosi program serta pengembangan akses kepada bakal pelajar.
06 penyedia latihan dan organisasi
Meneroka peluang kerjasama dalam latihan, pembangunan modal insan dan program pendidikan.
nilai teras kami
01 berorentasikan pelajar
Mengutamakan keperluan dan kepentingan pelajar dalam perjalanan mendapatkan pendidikan.
02 integriti dan ketelusan
Mengalakan penyampaian maklumat yang jelas, tepat dan bertanggungjawab.
03 kerjasama strategik
Membina hubungan profesional yang saling memberi manfaat dengan institusi pendidikan dan rakan kerjasama.
04 inovasi digital
Memanfaatkan teknologi untuk memudahkan akses kepada maklumat dan perkhidmatan pendidikan.
05 pembangunan berterusan
Menyokong pembelajaran sepanjang hayat, peningkatan kemahiran dan kemajuan kerjaya.
komitmen kami
Kami percaya bahawa pendidikan bukan sekadar memperolehi sijil atau kelayakan akademik. Pendidikan merupakan satu pelaburan penting untuk membangunkan potensi diri, meningkatkan kemahiran, memperluas peluanf kerjaya dan membina masa depan yang lebih baik.
Melalui penyampaian maklumat, bimbingan pendidikan dan kerjasama strategik, UPU Swasta berhasrat menjadi platform yang membantu pelajar meneroka peluang, membuat keputusan yang bermaklumat dan melangkah keperingkat seterusnya dengan lebuh yakin.
Kami juga komited untuk terus meneroka pendekatan baharu perkhidmatan pendidikan bagi memenuhi keperluan pelajar, institusi pendidikan dan masyarakat yang sentiasa berkembang.
JOM BERKERJASAMA DENGAN UPU SWASTA
Kami mengalu-alukan pertanyaan daripada pelajar, ibu bapa, universiti, kolej, penyedia latihan dan organisasi yang berminat untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan.
Bersama-sama kita dapat memperluas peluang pendidikan dan membantu membina generasi masa depan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.
UPU Swasta - Perjalanan Pendidikan Anda Bermula di Sini.