senarai bantuan pendidikan di malaysia untuk pelajar ipts

Panduan Bantuan Pendidikan Malaysia (1)

   Bagi membantu pelajar dan bakal pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), termasuk pelajar lepasan SPM, STPM, diploma, matrikulasi dan mereka yang ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana atau PhD, terdapat beberapa saluran pembiayaan pendidikan yang boleh dipertimbangkan. 

 

   Untuk tujuan maklumat kepada pelajar melalui platform UPU Swasta, kami mencadangkan bantuan pendidikan disusun mengikut kategori supaya pelajar boleh mengenal pasti pilihan yang sesuai sebelum mohon program pengajian. 

 

   Perlu difahami bahawa setiap bantuan mempunyai sifat tersendiri. Tidak semua bantuan boleh digunakan di semua IPTS, dan sesetengahnya hanya ditawarkan untuk program, institusi, negeri atau kumpulan pelajar tertentu. 

 
. pinjaman pendidikan
1. PTPTN
1. perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional (ptptn)

Sumber utama pinjaman pendidikan untuk pelajar yang mengikuti program yang memenuhi syarat di IPTS.

  • Untuk program diploma, ijazah sarjana muda dan program lain yang layak.
  • Kelayakan bergantung pada program, institusi, status pengajian dan syarat semasa.
  • Semak juga syarat pembukaan akaun simpan SSPN serta keperluam permohonan semasa.

Portal rasmi www.ptptn.gov.my

2. MARA
2. majlis amanah rakyat (mara)

Menawarkan skim pembiayaan pendidikan tertentu kepada Bumiputera yang memenuhi syarat.

  • Tertakluk pada skim yang dibuka, peringkat pengajian dan bidang.
  • Semak sama ada IPTS dan program pilihan diiktiraf atau diluluskan bagi skim berkenaan.
  • Bukan semua pelajar IPTS layak menerima pembiayaan MARA.

Portal rasmi www.mara.gov.my

3. Yayasan Sabah
3. yayasan negeri & agensi pembiayaan pendidikan

Pelajar boleh menyemak bantuan atau pinjaman melalui yayasan negeri masing-masing, termasuk Yayasan Sabah bagi anak Sabah.

Antara perkara yang perlu disemak ialah status pemastutin, pendapatan keluarga, keputusan akademik, bidang pengajian dan institusi yang diluluskan.


2. biasiswa & pinjaman pendidikan

Biasiswa biasanya diberikan berdasarkan kecemerlangan akademik, pendapatan keluarga, bidang pengajian atau kriteria khusus penaja. Sesetengah tajaan meliputi yuran pengajian sahaja, manakala lainya mungkin meliputi elaun sara hidup. 

Senarai penajaan dalam negara boleh dirujuk melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 

Penting untuk pelajar IPTS: Kewujudan sesuatu biasiswa tidak bermaksud semua universiti swasta diterima. Semak senarai institusi, program, tahap pengajian dan tarikh permohonan bagi setiap penaja.

3. dermasiswa & bantuan pendidikan negeri

Dermasiswa ialah bantuan kewangan pendidikan yang lazimnya diberikan mengikut syarat skim tertentu. Syarat pembayaran balik berbeza mengikut skim; jangan menganggap semua dermasiswa atau bantuan pendidikan tidak perlu dibayar balik.

3. Yayasan Sabah
1. yayasan sabah - pelajae anak sabah

Antara bentuk tajaan yang disebaraikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah ialah, biasiswa, dermasiswa, Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS), Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB) dan pinjaman pengajiaan tinggi.

Permohonan dan pengumuman: Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS)

4. Yayasan Sarawak
2. yayasan sarawak - pelajar anak sarawak

Semak bantuan, pinjaman atau tajaan yang bersesuaian dengan status pemastutin, tahap pengajian dan institusi yang diluluskan.

5. Yayasan Selangor
3. yayasan atau kerajaan negeri lain

Pelajar boleh menyemak kemudahan pembiayaan daripada kerajaan negeri Selangor, Johor, Perak, Pahang, Kelantan, Terangganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis.

Kelayakan berbeza mengikut negeri; tidak semua skim menerima pelajar yang belajar di luar negeri asal.


4. bantuan zakat & majlis agama islam negeri

Pelajar Muslim daripada keluarga yang memerlukan boleh menyemak bantuan pendidikan melalui institusi zakat dan Majlis Agama islam negeri masing-masing. 

Antara saluran yang boleh disemak. 

Contoh saluran semakan ialah Lembaga Zakat Selangor, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Institusi zakat negeri lain. 

Portal rujukan: 

Sebelum memohon, pelajar hendaklah menyemak sama ada bantuan tersebut menerima pengajian di IPTS, sama ada program mesti diiktiraf, had pendapatan isi rumah dan sama ada bantuan boleh digunakan untuk yuran pendaftaran atau yuran semester.


5. bantuan khas untuk golongan tertentu

Bagi pelajar OKU, semak juga maklumat bantuan pendidikan di portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi:  www.mohe.gov.my. Ketersediaan skim dan penerimaan pelajar IPTS perlu disahkan bagi setiap bantuan.


6. biasiswa & diskaun yang ditawarkan oleh ipts sendiri

Selain bantuan kerajaan, pelajar digalakan menghubungi bahagian kemasukan atau kewangan universiti atau kolej swasta kerana institusi mungkin menawarkan bantuan dalaman mengikut pengambilan.  

Antara jenis bantuan yang boleh ditanyakan ialah:

  • Merit Scholarship - berdasarkan keputusan akademik.
  • Bursary / Financial Assistance - bantuan yuran mengikut syarat institusi.
  • Early Bird Discount - diskaun pendaftaran awal jika ditawarkan.
  • Sibling Discount - diskuan untuk adik beradik yang belajar di institusi sama.
  • Sport or Talent Scholarship - bagi calon yang memenuhi kriteria sukan atau bakat tertentu.
  • Corporate Sponsorship - tajaan daripada majikan atau syarikat rakan kerjasama.
  • "Instalment payment plan" - kemudahan pembayaran yuran secara ansuran jika dibenarkan.

Ini ialah contoh kategori bantuan yang boleh ditanya, bukanya pengesahan bahawa semua IPTS menyediakan setiap kemudahan tersebut.   


7. PEMBIAYAAN UNTUK KURSUS KEMAHIRAN & TVET
Bagi pelajar yang berminat sijil kemahiran, latihan teknikal dan vokasional atau kursus peningkatan kemahiran, semak juga:  

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

PTPK menyediakan pembiayaan untuk latihan kemahiran di institusi latihan awam dan swasta yang memenuhi syarat programnya. Pembiayaan ini bukan pinjaman umum bagi semua program diploma atau ijazah akademik.  

Portal rasmi: www.ptpk.gov.my


8. bantuan khas yang perlu diberi perhatian pada tahun 2026

Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) 

Inisiatif ini menukar pembiayaan PTPTN kepada bentuk biasiswa bagi pelejar yang memenuhi syarat khusus, termasuk pendaftaran eKasih dan pengajian diploma atau ijazah sarjana muda sepenuh masa di IPTA. Berdasarkan syarat rasmi yang diterbitkan, ia bukan skim umum untuk pelajar IPTS. 

Bantuan Kewangan Pelajar OKU (BKOKU)

Bantuan ini boleh merangkumi pelajar yang mengikuti pengajian di universiti awam atau swasta, tertakluk pada syarat rasmi, termasuk kewarganegaraan, pendaftaran OKU dengan JKM, kad OKU dan pengiktirafan kursus. Permohonan dibuat melalui Sistem Penajaan Orang Kurang Upaya (SisPO). 


9. senarai semak sebelum pelajar memohon (yang berkenaan)

Dokumen persediaan permohonan

  • Kad pengenalan pelajar dan ibu bapa / penjaga
  • Keputusan SPM, STPM, diploma atau transkrip akademik.
  • Surat tawaran rasmi IPTS dan maklumat program.
  • Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan keluarga.
  • Penyata bank pelajar jika diperlukan.
  • Bilangan tanggungan dan dokumen sokongan keluarga.
  • Kad OKU atau dokumen asnaf/eKasih jika berkaitan.
  • Dokumen pemastautin atau anak negeri jika disyaratkan.


Peringatan kepada pelajar: jangan membuat keputusan mendaftarkan berdasarkan andaian bahawa pinjaman atau biasiswa pasti diluluskan. Dapatkan pengesahan penaja dan pihak IPTS terlebih dahulu, khususnya tentang pengiktirafan program serta jumlah yuran yang masih perlu dibayar.

Untuk rujukan, kerajaan Malaysia menyediakan himpunan maklumat berkaitan biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan pelajar IPT: Panduan bantuan kewangan pelajar IPT 

DAFTAR SEKARANG