Biasiswa & PTPTN

UPU Swasta membantu pelajar mendapatkan maklumat berkaitan peluang pembiayaan pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Universiti Swasta, Kolej Swasta dan Institusi Pegajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia.


Pembiayaan PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti program pengajian yang memenuhi syarat kelayakan dan mendapat pengiktirafan yang ditetapkan. Jumlah pembiayaan adalah tertakluk kepada program pengajian, institusi, pendapatan keluarga serta syarat semasa PTPTN.


Biasiswa & Bantuan Kewangan (Dermasiswa)

Pelajar berpeluang memohon pelbagai bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh institusi pengajian, syarikat korporat, yayasan badan kebajikan, agensi kerajaan dan organisasi swasta. Antara bantuan yang lazim ditawarkan ialah:

  • Biasiswa penuh atau separa.
  • Dermasiswa akademik.
  • Rebat dan diskaun yuran pengajian.
  • Bantuan kewangan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • Insentif kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
  • Tajaan industri dan syarikat korporat.


Khidmat Nasihat Pembiayaan Pendidikan 

Pasukan penasihat pendidikan UPU Swasta bersedia membantu pelajar mendapatkan maklumat mengenai pilihan pembiayaan yang bersesuaian berdasarkan kelayakan akademik, program pengajian dan kemampuan kewangan keluarga.


Kenapa Memohon Melalui UPU Swasta ?
  • Semakan awal kelayakan kemasukan dan pembiayaan.
  • Maklumat terkini mengenai PTPTN, biasiswa dan bantuan kewangan.
  • Khidmat konsultasi/Kaunseling pendidikan secara percuma.
  • Bantuan pemilihan program dan institusi yang bersesuaian.
  • Panduan proses permohonan sehingga mendapat tawaran kemasukan.


Nota Penting: Kelulusan PTPTN, biasiswa atau bantuan kewangan adalah tertakluk kepada syarat dan keputusan pihak pemberi pembiayaan. UPU Swasta bertindak platform maklumat dan khidmat sokongan permohonan serta tidak menjamin kelulusan mana-mana pembiayaan.