Terma & Syarat

Selamat datang ke UPU Swasta Malaysia ("IPU Swasta", "kami", "kita" atau "portal ini"). Dengan mengakses, melayari atau mengguna laman web www.upuswasta.com, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat Pengguna yang dinyatakan dibawah.


Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma yang dinyatakan, sila hentikan pengunaan laman web ini. 


1. Pengenalan

UPU Swasta merupakan portal maklumat, khidmat nasihat dan bantuan permohonan kemasukan ke Universiti Swasta, Kolej Swasta dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia.


UPU Swasta bukan agensi kerajaan dan tidak mempunyai hubungan rasmi dengan UPUOnline atau atau mana-mana sistem kemasukan institusi awam yang dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia.


2. Kelayakan Pengguna

Pengguna yang menggunakan portal ini hendaklah:

  • Berumur 18 tahun keatas atau mendapat kebenaran ibubapa/penjaga. 
  • Memberikan maklumat yang benar, tepat dan terkini.
  • Tidak menggunakan portal ini bagi tujuan yang menyalahi undang-undang atau bertentangan dengan peraturan yang berkuat kuasa.


3. Permohonan Kemasukan
  • Semua permohonan yang dihantar melalui portal ini adalah tertakluk kepada syarat kemasukan institusi yang dipilih.
  • Penghantaran borang permohonan tidak menjamin penerimaan atau tawaran kemasukan.
  • Keputusan akhir kemasukan adalah tertakluk sepenuhnya kepada pihak universiti, kolej atau institusi yang berkenaan.
  • Pemohonan bertanggungjawab memastikan semua maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah sah dan tepat.


4. Maklumat Program dan Institusi

UPU Swasta berusaha memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun:

  • Kami tidak menjamin bahawa semua maklumat sentiasa lengkap, tepat atau bebas daripada kesilapan.
  • Yuran pengajian, syarat kemasukan, tempoh pengajian dan maklumat program boleh berubah tanpa notis oleh institusi yang berkaitan.
  • Pengguna disarankan untuk mendapatkan pengesahan terus daripada institusi sebelum membuat keputusan.


5. Pembiayaan Pendidikan, Biasiswa dan PTPTN
  • Maklumat berkaitan PTPTN, biasiswa, dermasiswa dan bantuan kewangan disediakan untuk tujuan rujukan umum. 
  • Kelulusan pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat dan keputusan pihak pemberi pembiayaan.
  • UPU Swasta tidak menjamin kelulusan mana-mana pinjaman, biasiswa atau bantuan kewangan.


6. Hak Harta Intelek

Semua kandungan di laman web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Logo.
  • Rekaan grafik.
  • Teks.
  • Gambar.
  • Video.
  • Dokumen.
  • Sistem dan pangkalan data.


adalah hak milik UPU Swasta atau pemilik kandungan yang sah dan dilindungi undang-undang hak cipta yang berkuat kuasa.


Sebarang penggunaan, penyalinan, pengubahsuaian atau pengedaran tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang.


7. Had Liabiliti

UPU Swasta tidak akan bertanggunjawab terhadap:

  • Sebarang kerugian langsung atau tidak langsung akibat pengunaan laman web ini.
  • Penolakan permohonan oleh mana-mana institusi.
  • Kelewatan pemprosesan permohonan oleh pihak ketiga. 
  • Gangguan teknikal, kegagalan sistem atau kehilangan data yang berada di luar kawalan kami.


8. Pengunaan Yang DIlarang

Pengguna tidak dibenarkan:

  • Memberikan maklumat palsu atau mengelirukan.
  • Menganggun operasi laman web.
  • Mencuba mendapatkan akses tanpa kebenaran ke sistem atau pangkalan data.
  • Menggunakan laman web untuk tujuan penipuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang.


9. Pengubahsuaia Terma dan Syarat

UPU Swasta berhak mengubah, meminda dan mengemaskini Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa sebaik sahaja dipaparkan di laman web ini.


10. Undang-Undang Yang Terpakai

Terma dan Syarat ini ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul berkaitan penggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah di Malaysia. 


11. Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma dan Syarat ini, sila hubungi:


UPU Swasta Malaysia

Website: www.upuswasta.com

E-mel: info@upuswasta.com

WhatsApp: +6011-7571 4588 


Dengan menggunakan laman web ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua Terma & Syarat yang dinyatakan di atas.