UPU Swasta ialah portal permohonan dan rujukan pendidikan yang membantu pelajar mendapatkan maklumat serta membuat permohonan kemasukan ke Universiti Swasta, Kolej Swasta dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia.
Tidak. UPU Swasta adalah portal pendidikan swasta yang menyediakan perkhidmatan maklumat dan bantuan permohonan kemasukan ke IPTS. Kami tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan.
Semua pelajar yang mempunyai kelayakan SPM, STPM, SKM, Sijil, Diploma, Matrikulasi, Asasi, Ijazah, Master atau kelayakan lain yang diiktiraf boleh membuat permohonan tertakluk kepada syarat kemasukan institusi dan program yang dipilih.
Permohonan awal biasanya adalah percuma. Walau bagaimanapun, sesetengah institusi mungkin mengenakan yuran pemprosesan atau pendaftaran mengikut polisi masing-masing.
Pelajar hanya perlu:
1. Mengisi borang permohonan dalam talian.
2. Memilih program dan institusi yang diminati.
3. Memuat naik dokumen yang diperlukan.
4. Menunggu semakan dan maklum balas daripada pihak institusi.
Kebiasanya antara 3 hingga 14 hari berkerja, bergantung kepada institusi dan kelengkapan dokumen yang dikemukakan.
Ya. Anda boleh memohon ke beberapa universiti atau kolej swasta bagi meningkatkan peluang untuk mendapatkan tawaran kemasukan.
Kami mengalakkan pelajar memilih program yang mempunyai pengiktirafan daripada agensi yang berkaitan seperti Malaysia Qualification Agency (MQA). Status pengiktirafan boleh disemak dengan institusi yang berkenaan.
Kebanyakan program yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon pembiayaan PTPTN tertakluk kepada syarat semasa yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.
Ya. Sesetengah institusi menawarkan biasiswa, dermasiswa, rebat yuran atau bantuan kewangan kepada pelajar yang layak.
Ya. Banyak IPTS menawarkan program Pembelajaran Terbuka, Online dan Jarak Jauh (ODL), hujung minggu dan separuh masa yang sesuai untuk individu yang sedang berkerja.
Pihak kami atau institusi yang dipohon akan menghubungi anda melalui telefon, e-mel atau WhatsApp untuk memaklumkan perkembangan permohonan.
Ya. Kami menyediakan khidmat nasihat pendidikan bagi membantu pelajar memilih program dan institusi yang sesuai dengan minat, kelayakan dan kerjaya yang diinginkan.
Dokumen yang lazim diperlukan ialah:
1. Salinan kad pengenalan
2. Keputusan SPM/STPM/Diploma atau setaraf
3. Gambar berukuran passport
4. Dokumen sokongan lain (jika diperlukan)
Anda boleh menghubungi kami melalui:
2. E-mel rasmi: admin@upuswasta.com
3. WhatsApp : +011-7571 4588
4. Telefon: +6011-7571 4588
Masih mempunyai pertanyaan ? Hubungi pasukan penasihat pendidikan kami untuk mendapatkan khidmat konsultasi percuma mengenai pemilihan program pengajian dan kemasukan ke IPTS di Malaysia.