Universiti & Kolej Rakan Strategik

Rangkaian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Pilihan Anda


UPU Swasta Malaysia berkerjasama dengan pelbagai Universiti Swasta dan Kolej Swasta yang menawarkan program pengajian berkualiti bagi memenuhi keperluan pelajar di seluruh malaysia.


Melalui rangkaian rakan strategik kami, pelajar berpeluang mendapatkan maklumat yang tepat, khidmat nasihat pendidikan serta bantuan dalam proses permohonan kemasukan ke institusi yang bersesuaian dengan kelayakan dan aspirasi kerjaya masing-masing.


Kelebihan Memohon Melalui Rakan Strategik UPU Swasta
  • Pelbagai pilihan program pengajian dari peringkat Sijil hingga PhD.  
  • Program pengajian yang memenuhi keperluan industri semasa.
  • Pilihan pengajian sepenuh masa, separuh masa dan ODL (Open & Distance Learning).
  • Peluang pembiayaan PTPTN, biasiswa dan bantuan kewangan.
  • Khidmat nasihat pendidikan secara percuma.
  • Bantuan permohonan sehingga mendapat surat tawaran kemasukan.


Kategori Institusi Rakan Strategik


Universiti Swasta

Institusi ini menawarkan pelbagai program akademik dan profesional daripada peringkat asas sehingga pascasiswazah.


Kolej Universiti

Institusi yang menawarkan program pengajian berfokus serta laluan akademik dan profesional yang fleksibel.


Kolej Swasta

Institusi yang menyediakan program sijil, diploma dan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang pengajian.


Institusi Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL)

Pilihan terbaik untuk individu yang sedang berkerja dan ingin melanjutkan pengajian secara fleksibel tanpa menganggu komitmen kerjaya.



Senarai Universiti & Kolej Rakan Strategik 

Sedang dikemaskini


Menjadi Rakan Strategik UPU Swasta

UPU Swasta mengalu-alukan kerjasama daripada Universiti Swasta, Kolej Swasta, Akademi Profesional dan Institusi Pendidikan yang ingin memperluaskan capaian promosi serta meningkatkan pengambilan pelajar.


Antara manfaat kerjasama:

  • Promosi program pengajian kepada bakal pelajar seluruh Malaysia.
  • Platform permohonan pelajar secara dalam talian.
  • Sokongan pemasaran digital dan penjanaan prospek pelajar.
  • Khidmat konsultansi dan pembangunan strategi pengambilan pelajar.



Hubungi Kami

Sekiranya institusi anda berminat untuk menjadi rakan strategik UPU Swasta Malaysia, sila hubungi pasukan kami untuk perbincangan lanjut mengenai peluang kerjasama dan peluang pendidikan yang lebih mampan.


Bersama-sama membina masa depan pendidikan yang lebih cemerlang untuk generasi akan datang.